Selasa, 04 Desember 2012

CITA-CITA YANG TINGGI



Cuti semester bagi murid-murid
sekolah bagi sebuah sekolah yang
berada di luar Bandar telah tamat
tempohnya. Sekumpulan murid-murid
pintar dari kelas 3 Ceria dengan
cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery. Seperti kebiasaan pada awal kelas
cikgu ingin menyematkan semangat
belajar dalam diri pelajar dengan
bertanyakan cita-cita mereka. Satu persatu pelajar dengan
bersemangat menjawab. Farid : Saya ingin jadi Doktor. Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma. Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden. Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke
rumah cikgu. Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid
bernama Sharil dari meja belakang… Cikgu Fery : Yer saya…. Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya
ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin
menjadi orang pertama menjejaki kaki
ke planet matahari. Semua murid tepuk tangan dan
bersorak. Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk
tu akan menyebabkan awak dapat
menetapkan tarikh mati awak la….kan
planet matahari tu panas... terbakar
la kaki awak tu…tengok macam
petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh.. Semua pelajar tengok Sharil… Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la
matahari tu panas…tapi saya
bercadang nak pergi malam…malam
kan sejuk..macam semalam sejuk je….. Semua murid tepuk tangan dan
bersorak. p/s : Anak muda sekarang ni memag
tak boleh diduga.

0 komentar:

Posting Komentar